TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERADUAN GENG MUZIK BORNEO FRESH & WHITE
A. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. PENGENALAN
1.1 Peserta mesti membaca Syarat-syarat Penyertaan ini bersamaan dengan Jadual kepada Syarat-syarat Penyertaan (secara kolektif akan dirujuk sebagai “Terma dan Syarat”).
1.2 Dengan menyertai Peraduan ini, kesemua Peserta bersetuju dan mengakui untuk terikat dengan terma dan syarat berikut dan semua pindaan, penambahan dan pengubahsuaian seperti yang boleh dibuat dari semasa ke semasa oleh Penganjur, mengikut budi bicara mutlaknya. Peserta bersetuju bahawa penyertaan berterusan mereka dalam Peraduan ini merupakan penerimaan tanpa syarat mereka terhadap Terma dan Syarat yang dipinda.
1.3 Keputusan Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan ini adalah akhir, muktamad dan mengikat semua Peserta Peraduan ini, dan tiada surat-menyurat, komunikasi atau rayuan akan dilayan.
B. JADUAL KEPADA SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Peraduan: | Peraduan Geng Muzik Borneo Fresh & White |
2.Tempoh Peraduan: | Peraduan ini berlangsung dari 1hb Oktober 2024, jam 00:00 sehingga 31hb Disember 2024, jam 23:59 (“Tempoh Peraduan”). |
3. Penganjur: | Southern Lion Sdn. Bhd. |
4. Kelayakan: | Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan penduduk tetap, yang memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, berumur 18 tahun ke atas (setakat 1hb Oktober 2024) (“Perserta”), kecuali kakitangan Penganjur, termasuk ahli keluarga terdekat mereka, rakan niaga, syarikat bersekutu, pembekal/pengedar, agensi peraduan/pengiklanan atau agensi perhubungan awam dan pihak lain yang terlibat dalam Peraduan ini.
|
5. Kaedah Penyertaan: | Untuk menyertai, Peserta perlu mematuhi langkah-langkah penyertaan berikut:
Langkah 1: Dapatkan Pek Edisi Borneo Fresh & White Beli minimum dua (2) pek Fresh & White edisi terhad (Borneo) yang hanya boleh didapati di Sabah dan Sarawak dalam satu (1) resit (“Bukti Pembelian”) semasa Tempoh Peraduan dan simpan Bukti Pembelian tersebut. Langkah 2: Lipat & Sambungkan Instrumen Gunting dan lipat objek mengikut garis bentuk yang terdapat di bahagian dalam pek. Kemudian sambungkan objek tersebut hingga terbentuk sebuah instrumen muzik tradisional Borneo yang lengkap.
Langkah 3: Ambil Gambar Kreatif & Kongsikan di Media Sosial! Ambil gambar kreatif dan kongsi di mana-mana media sosial , tag @freshandwhitemy, dan sertakan tanda palang #gengmuzikborneo. Pastikan akaun anda dalam tetapan umum.
Langkah 4: Imbas kod QR an Hantar Penyertaan i) Imbas QR code yang terdapat di pek Fresh & White edisi terhad (Borneo)/ Klik Ikon WhatsApp di laman web Fresh & White edisi terhad (Borneo). Ikon ini akan disambungkan ke nombor WhatsApp +6019 8379703. ii) Hantarkan tangkapan skrin (screenshot) media sosial anda dan Bukti Pembelian ke WhatsApp tersebut dan masukkan maklumat seperti berikut :
· Nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan · Nombor telefon
Sebagai contoh: Nik Rose, 890917075110
|
6. Tarikh tamat Penyertaan: | Peraduan akan tamat pada 31hb Disember 2024 jam 23:59. Penyertaan selepas Tempoh Peraduan tidak akan diterima oleh Penganjur dan terbatal.
|
7. Hadiah Peraduan: | (a) Pemenang akan memenangi:
Hadiah Utama – RM10,000 x 2 Pemenang Hadih Kedua – RM5,000 x 3 Pemenang Hadiah Ketiga – RM500 x 10 Pemenang
(b) Setiap Pemenang (dikenalpasti melalui nombor Kad Pengenalan) hanya layak menerima satu (1) hadiah sahaja.
|
8. Kriteria dan Proses Pemilihan Pemenang: | (a) Sebanyak lima belas (15) Peserta (“Pemenang”) akan dipilih oleh Penganjur secara rawak berdasarkan kepada kreativiti yang disiarkan.
(b) Pemenang akan dihubungi melalui WhatsApp berdasarkan maklumat hubungan yang diberikan semasa penyerahan penyertaan atas dasar usaha terbaik dengan maksimum tiga (3) percubaan dalam masa tiga (3) hari berturut-turut. Sekiranya Pemenang yang disenarai tidak dapat dihubungi, Penganjur berhak untuk menggantikan Pemenang tersebut dengan nama seterusnya dalam senarai berdasar kepada Terma dan Syarat Peraduan.
(c) Pemenang dikehendaki mengemukakan maklumat berikut untuk tujuan pengesahan melalui WhatsApp dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh pemberitahuan:
• Nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan • Nombor Kad Pengenalan • Nombor telefon • Salinan kad pengenalan yang jelas dan boleh dibaca • Nama bank di mana Pemenang mempunyai akaun bank yang sah dikekalkan dengan mana-mana bank/institusi kewangan di Malaysia (“Akaun Bank Aktif”) • Nombor akaun dan butiran Akaun Bank Aktif; dan • Nama penuh Pemenang seperti yang di dalam rekod Akaun Bank Aktif.
(d) Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disokong dengan Bukti Pembelian yang sah dalam Tempoh Peraduan.
(e) Bukti Pembelian bertarikh sebelum atau selepas Tempoh Peraduan tidak akan diterima.
(f) Hanya penyertaan dengan resit asal produk yang sah akan diterima. Tiada resit tulisan tangan, salinan resit dan/atau salinan pendua resit diterima. Sekiranya dikenalpasti, penyertaan tersebut akan dilucuthakkan secara automatik.
(g) Semua Bukti Pembelian yang dikemukakan untuk Peraduan ini adalah hak milik Penganjur.
(h) Bukti WhatsApp atau pos bukan bukti penerimaan.
(i) Penganjur mempunyai hak tunggal dan mutlak yang difikirkan sesuai dan perlu untuk meminda Tempoh Peraduan, mekanik Peraduan, untuk menamatkan, membatalkan atau menggantung Peraduan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
(j) Segala keputusan oleh Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan adalah muktamad, konklusif dan mengikat semua Peserta dan tiada surat-menyurat, komunikasi atau rayuan akan dilayan.
(k) Senarai Pemenang akan diumumkan oleh Penganjur di laman http://freshandwhite.com.my/limitededition/
|
9. Penghantaran Hadiah: | (a) Hadiah akan dihantar/dikreditkan/disediakan kepada Pemenang dalam masa tiga puluh (30) hari selepas pemilihan Pemenang dan pengesahan maklumat peribadi.
(b) Hadiah dalam bentuk wang tunai (Hadiah Utama, Hadiah Kedua dan Hadiah Ketiga) akan dikreditkan ke Akaun Bank Aktif Pemenang yang sah dikekalkan dengan mana-mana bank/institusi kewangan di Malaysia.
(c) Kegagalan untuk memberikan butiran yang diperlukan seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 8 Terma dan Syarat ini untuk proses pemberian Hadiah akan mengakibatkan Pemenang kehilangan Hadiah yang dimenangi.
(d) Hadiah yang tidak dituntut oleh Pemenang dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pemberitahuan akan dibatalkan. Segala rayuan tidak akan dilayani. Penganjur boleh melanjutkan tempoh masa dan cara penghantaran Hadiah mengikut budi bicara mereka.
(e) Pemenang mesti menerima Hadiah dalam keadaan “sedia ada”. Penganjur berhak menggantikan mana-mana Hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis.
(f) Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku kepada Hadiah dalam proses penghantaran.
(g) Penganjur berhak membatalkan sebarang tuntutan daripada agen, pihak ketiga, kumpulan atau penyertaan yang dijana secara automatik oleh komputer.
|
10. Pembatalan Kelayakan:
|
(a) Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan Peserta berserta penyertaannya jika pihak Penganjur mendapati bahawa:
i.resit yang dihantar oleh Peserta adalah sama dengan penyertaan yang lain; ii.penyertaan tidak lengkap atau didapati mengandungi maklumat yang salah, rosak, sukar dibaca, lewat dan tidak mempunyai Bukti Pembelian yang betul atau tidak mencukupi. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan; iii.jika penipuan atau penipuan disyaki, termasuk tanpa had, melalui manipulasi kod atau sebaliknya sering memalsukan data. iv. Gambar penyertaan mengandungi unsur-unsur fitnah, provokasi, lucah, politik, berdiskriminasi (berdasarkan bangsa, agama, keturunan, keupayaan fizikal) menyalahi undang-undang, menyinggung perasaan, bersifat ancaman, menhina atau berbentuk gangguan.
(b) Penyertaan yang tidak mematuhi Terma dan Syarat yang dikuatkuasakan akan dibatalkan secara automatik.
(c) Penganjur berhak untuk menuntut pemulangan Hadiah atau pembayaran nilainya daripada Peserta yang dibatalkan kelayakannya selepas Hadiah telah diberikan kepada Peserta yang dibatalkan kelayakannya.
|
11. Hak Milik Harta Intelek:
|
(a) Semua penyertaan mestilah asli dan tidak melanggar mana-mana hak harta intelek yang dimiliki oleh mana-mana pihak. Peserta tidak boleh mengedarkan, menghasilkan semula atau sebaliknya memberikan, apa-apa bahan yang mengandungi hak harta intelek mana-mana pihak lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak cipta, atau maklumat proprietari lain yang dipegang oleh pihak lain tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pemilik hak harta intelek atau maklumat proprietari.
(b) Penganjur mempunyai hak untuk menggunakan, mengubah suai dan/atau mengedit penyertaan yang dihantar, atau berfungsi mengikut budi bicara mutlaknya dan Peserta mengetepikan semua hak untuk sebarang pampasan untuk penyertaan yang dihantar.
(c) Jika anda percaya kerja anda telah diusik dan dipaparkan melanggar hak harta intelek, sila hubungi Penganjur.
|
12. Pengiklanan:
|
Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju dan dianggap telah bersetuju dan memberi Penganjur hak untuk mengumpul dan memproses data dan maklumat peribadi Peserta untuk tujuan Peraduan ini, untuk menerbitkan dan/atau memaparkan butir-butir, data peribadi dan/atau gambar Peserta yang berjaya dalam media cetak dan media elektronik apa-apa bentuk (seperti yang berkenaan) untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan pengumuman tanpa sebarang royalti dan/atau pampasan yang perlu dibayar.
|
13. Liabiliti dan Tanggungjawab Penganjur: | (a) Sebarang perbelanjaan yang ditanggung untuk menyertai Peraduan ini, untuk menuntut penebusan/hadiah dan/atau menghadiri majlis, adalah tanggungjawab mutlak Peserta Terpilih/Pemenang yang berjaya, tanpa sebarang pembayaran balik oleh Penganjur.
(b) Peserta bersetuju untuk menanggung semua liabiliti dan tanggungjawab setakat yang dibenarkan oleh undang-undang untuk sebarang kerugian, kecederaan, kerosakan, kos, perbelanjaan, tuntutan atau kemalangan yang dialami, ditanggung atau disebabkan oleh penyertaan mereka dalam Peraduan ini. Penganjur tidak akan bertanggungjawab kepada Peserta untuk sebarang kerosakan, kos, perbelanjaan, tuntutan, kerugian, kemalangan atau kesulitan untuk sebarang perkara yang timbul daripada atau berkaitan dengan Peraduan ini. Setiap Peserta bersetuju untuk menanggung rugi dan memastikan Penganjur tidak mengalami sebarang kerugian daripada sebarang tuntutan, kerosakan, kerugian, kos atau perbelanjaan yang dialami atau ditanggung oleh Penganjur berhubung dengan Peraduan ini akibat daripada sebarang tindakan Peserta.
(c) Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan yang hilang, rosak, tertangguh, tidak betul atau tidak lengkap atas apa jua sebab. Bukti penghantaran tidak akan diterima sebagai bukti penerimaan.
(d) Peserta menyertai Peraduan ini atas risiko Peserta sendiri.
(e) Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap kegagalan mana-mana elemen teknikal yang berkaitan dengan Peraduan ini yang menyebabkan penyertaan gagal dihantar. Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk penyertaan yang hilang, rosak, atau ditangguhkan kerana sebarang perkakasan rangkaian, komputer atau telefon bimbit atau kegagalan perisian dalam apa jua bentuk atau sebarang keadaan yang tidak dijangkakan atau di luar kawalan pihak Penganjur.
|
14. Notis bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010: | Penganjur berhak menzahirkan butiran data peribadi Peserta (termasuk, tanpa had, nama, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan butiran akaun bank) kepada agensi terlantik bagi tujuan pengurusan dan menghubungi Peserta untuk tujuan Peraduan ini sahaja. Peserta mempunyai hak untuk mengakses, membetulkan atau menarik balik persetujuan untuk mendedahkan butiran data peribadi daripada Penganjur. Permintaan boleh dibuat melalui emel ke https://www.southernlion.com.my/contact-us/ atau melalui pos ke Southern Lion Sdn. Bhd. Unit 1-J & 1-K, Bangunan BAKTI Siti Hasmah, No.6, Cangkat Abang Haji Openg, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia sebelum 1hb Januari 2025. Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan data peribadi oleh Penganjur, sila baca polisi peribadi Penganjur di https://www.southernlion.com.my/privacy-policy/.
|
15. Syarat-syarat Penyertaan Am: | (a) Peraduan ini bukan disokong, ditadbir oleh atau berkaitan dengan Meta Platforms, Inc. (“Meta”). Peserta hendaklah membebaskan Meta daripada sebarang liabiliti berkaitan dengan Peraduan ini. Dengan menghantar penyertaan ini, Peserta akan tertakluk kepada terma dan syarat Meta dan polisi peribadi yang boleh dikuatkuasakan dan terpakai pada masa material ini. Sila bacakan syarat-syarat tersebut sebelum menyerahkanan penyertaan dalam Peraduan.
(b) Sekiranya Peraduan ini melibatkan peniaga/pedagang yang lain, peniaga/pedagang yang mengambil bahagian dalam Peraduan ini berhak untuk menyemak semula terma dan syarat Peraduan ini tanpa notis terlebih dahulu. Penyertaan Peserta dalam Peraduan yang berkaitan akan tertakluk kepada terma dan syarat peniaga/pedagang yang mengambil bahagian. Peserta tidak berhak untuk menyerahkan mana-mana hak atau sub-kontrak mana-mana kewajipan di sini.
(c) Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara terma dan syarat-syarat ini dengan sebarang bentuk pengikalan lain yang berkaitan dengan Peraduan ini, terma dan syarat-syarat ini akan diguna pakai.
(d) Terma dan Syarat Peraduan ini hanya didapati dalam Bahasa Malaysia.
(e) Terma dan syarat-syarat ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Penganjur dan Peserta bersetuju menggunakan bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
(f) Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian hotline kami di 1800 880 133 (Isnin hingga Jumaat, jam 9 pagi hingga 5 petang, (tidak termasuk cuti umum)) atau lawati https://www.southernlion.com.my/. |